Cara Gantikan Template Blog Lama Kepada Yang Baru


Assalamualaikumm... hi awak di sana...

Okay, sepanjang sis mengedit blog ni rata-rata ramai yang bertanyakan, "bagaimana cara untuk gantikan template blog yang lama kepada yang baru?" dan kebanyakan blog yang sis design, pelanggan sendiri yang minta tolong sis pasangkan.

Jadi sis dapat buat andaian yang masih ramai belum tahu bagaimanakah caranya untuk gantikan code template ni... dengan rendah diri, di sini, hari ini, ketika ini, sis kongsikan cara yang betul untuk gantikan code template yang lama dengan yang baru.

Sis akan tunjuk step by step berserta dengan gambarnya sekali dan sis yakin u all mesti boleh buat punya, trust me! Its so easy...

Jom start!!


LANGKAH PERTAMA

Login ke akaun blogger kemudian klik pada bahagian Template.


LANGKAH KE 2
Sekarang klik pula pada bahagian Edit Html


LANGKAH KE 3
Kotak kod untuk template akan terbuka. Sekarang klik cursor pada mana-mana bahagian di dalam kotak kod tersebut dan tekan butang keypad Ctrl dan huruf A secara serentak.


LANGKAH KE 4
Setelah klik pada Ctrl + A tadi, semua huruf di dalam kotak html akan menjadi bold (highlight dengan latar belakang biru). Terus tekan butang Del atau <-- Backspace (pilih salah satu).


LANGKAH KE 5
Copy ke semua code template baru yang ingin di gunakan dan Paste kan ke dalam kotak kod html yang telah di kosongkan tadi.


LANGKAH KE 6
Klik pada bahagian Preview Template dan tunggu sehingga blog habis di loading.
PENTING!! Jangan Sesekali Terus Tekan Pada Bahagian Save Template. Bahaya!!


LANGKAH KE 7
Scroll dari atas sampai ke bawah. Puashati dengan template tersebut? Betul-betul nak guna? Okay sekarang boleh klik pada bahagian Save Template.


Itu lah langkah-langkah nya.. Mudah untuk ikut dengan gambar yang sis telah sediakan, betul tak? Selamat berganti template ya... all the best...!!


Make sure untuk follow blog ni sebab akan ada pelbagai tutorial dan template percuma untuk kalian dari masa ke semasa
Previous
Next Post »