Cara Membuang Perkataan 'Powered By Blogger' Dari Blog


Perkataan 'Powered By Blogger' tak semua orang suka pakai. Jadi bagi yang berhajat untuk membuang perkataan tersebut selama-lamanya dari blog, boleh ikut langkah mudah di bawah ni.


1. Login ke akaun blogger > Dashboard > Template > Edit HTML

2. Letakkan cursor di mana-mana bahagian dalam kotak code Html dan tekan Ctrl + F secara serentak untuk membuka kotak carian.

3. Copy dan paste code di bawah ini ke dalam kotak carian dan tekan Enter.
<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'

4. Setelah jumpa, tukarkan perkataan 'true' kepada 'false.
<b:widget id='Attribution1' locked='false' title='' type='Attribution'
5. Keluar dari bahagian template dan pergi ke bahagian Layout ATAU pergi ke Halaman Utama blog.

6. Klik atas imej spanar pada bahagian Attribution dan Remove. (follow gambar di bawah)


Itu saja langkah-langkahnya, tak susah... ikut langkah step by step dengan perlahan-lahan, gerenti boleh! :D
Previous
Next Post »