Design / Edit Blog Untuk Faiq Najmi

Assalamualaikum.... alhamdulillah, selepas siap edit blog untuk Miss Banu (Mulan), Allah telah bukakan hati Faiq Najmi untuk menghubungi sis. Sama juga seperti Mulan, adik Faiq menghubungi sis melalui inbox facebook.

Bila di tanya apakah ciri-ciri blog yang dia nak? Katanya dia nakkan sebuah blog yang sangat simple tapi nice. Nama pun blog untuk lelaki kan? Of course nak yang simple punya, blog pompuan jer suka bunga-bunga ni. kikiki.

Tapi apa yang di minta oleh Faiq tu cukup senang untuk sis buat sebabnya Faiq dah siap beri link blog untuk sis jadikan inspirasi semasa mengedit blog untuk Faiq. Dan blog tersebut adalah... BLOG SYED!




Sis pun edit seperti mana yang di minta oleh Faiq dengan menjadikan blog Syed sebagai inspirasi. Dalam hati dup dap juga sebenarnya takut Faiq tak suka. Sis memang akan edit dari hati, kalau di kacamata sis sendiri sis rasa tak cantik, sis tak akan teragak-agak untuk dari awal semula walau bayaran yang sis kenakan hanyalah RM15 saja.

Bila sis dah betul-betul puashati barulah sis akan submit pada empunya blog untuk bertanyakan jika ada apa-apa yang mahu di ubah nya.

Syukur, Faiq tak banyak songeh. Bila lihat je design, Faiq terus kata 'OKAY!'





Dan inilah dia wajah terbaru untuk blog adik Faiq..............


Hanya dengan sekali imbas Inshaa Allah kita dah boleh agak yang ini adalah blog seorang lelaki!!

MISSION SUCCESS !!

Previous
Next Post »

6 Comment

Write Comment
galaksi viral
AUTHOR
18 February 2017 at 07:45 delete

Blog akak siti awadah mmg cantik. blog faiq najmi yg akak buat pun cantik. blog syed pun cantik juga. terbaik la kak. :D

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
18 February 2017 at 08:50 delete

sy suka header tu, simple tapi smart 😄

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
18 February 2017 at 19:17 delete

blog Syed akak tak buat... blog syed tu, syed sendiri yang buat... cuma Faiq nak kan design macam blog syed tu, so sis pun buat la berinspirasikan blog tu :D

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
18 February 2017 at 19:17 delete

Kalau nak boleh je... tak mahal, RM5 saja :D

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
18 February 2017 at 19:18 delete

terima kasih... kalau minat nak kan servis sis boleh bagi tau ya.. header macam tu tak mahal, RM5 saja

Reply
avatar