Fungsi Tombol 'Ctrl' Yang Perlu Di Ketahui

Sebelum mula mengedit blog, kita perlu tahu cara untuk guna tombol 'Ctrl' untuk memudahkan kita mengedit blog dengan lebih cepat dan mudah. Kaedah ini juga ternyata lebih selamat ketika bermain dengan kod html pada sesebuah template.
Cara untuk gunakan tombol 'Ctrl' ni mudah saja. Seperti gambar di atas tu, kita hanya perlu menekan tombol 'Ctrl' bersama dengan mana-mana huruf yang kita kehendaki secara serentak. Di bawah ini sis telah senaraikan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan tombol 'Ctrl' ni untuk kita gunapakai bersama-sama.
  • Ctrl + A = Select All
  • Ctrl + B = Bold
  • Ctrl + C = Copy
  • Ctrl + D = Font
  • Ctrl + E = Center Alignment
  • Ctrl + F = Find
  • Ctrl + G = Go To
  • Ctrl + H = Replace
  • Ctrl + I = Italic
  • Ctrl + J = Justify Alignment
  • Ctrl + K = Insert Hyperlink
  • Ctrl + L = Left Alignment
  • Ctrl + M = Hanging Indent
  • Ctrl + N = New
  • Ctrl + O = Open
  • Ctrl + P = Print
  • Ctrl + Q = Normal Style
  • Ctrl + R = Right Alignment
  • Ctrl + S = Save / Save As
  • Ctrl + T = Left Indent
  • Ctrl + U = Underline
  • Ctrl + V = Paste 
  • Ctrl + W = Close
  • Ctrl + X = Cut
  • Ctrl + Y = Redo
  • Ctrl + Z = Undo
  • Ctrl + 1 = Single Spacing
  • Ctrl + 2 = Double Spacing
  • Ctrl + Esc = Start Menu

Okay, untuk lebih jelas sis berikan satu contoh bagaimana untuk gunakan tombol 'Ctrl' ni. Katakan sekarang sis sedang mengedit blog dan sis perlu mencari satu perkataan yang terdapat di dalam kod html template. Untuk cari satu demi satu bukannya satu kerja senang oleh itu sis gunakan tombol 'Ctrl' bagi memudahkan kerja ni.

Mengikut senarai di atas, untuk mencari (find) huruf yang perlu sis gandingkan bersama tombol 'Ctrl' ialah F. Jadi apa yang sis perlu lakukan ialah....

1. Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Design >> Edit Html


2. Klik cursor di mana-mana saja bahagian di dalam kotak code Html dan tekan butang Ctrl + F secara serentak. Sebaik saja di tekan secara automatik kotak search akan terbuka dan apa yang perlu sis lakukan sekarang ialah memasukkan kod yang ingin di cari ke dalam kotak tersebut dan tekan enter. Mudah bukan?

Dan sekiranya sis ingin mencari satu kod yang agak panjang, maka agak sukar untuk sis taip satu persatu tanpa silap, jadi sis akan gunakan kaedah Copy and Paste.

Maka sis akan merujuk kembali kepada senarai di atas dan Copy = Ctrl + C manakala untuk Paste = Ctrl + V.

Sis harap pencerahan yang sis beri ni mudah untuk di fahami dan di ikuti oleh kengkawan semua di luar sana. 

Happy Blogging! :)
Previous
Next Post »

2 Comment

Write Comment
26 February 2017 at 08:08 delete

Entri yg menarik ..lepas ni nk edit template lgi mudah .. selalu pkai ctrl + a.b.c. & f je ..yg lain tak ingat

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
26 February 2017 at 08:21 delete

sis sendiri pun kadang-kadang lupa nak tekan ctrl ngan apa... banyak sangat hehe...

Reply
avatar