Apakah Maksud SEO?

SEO bermaksud, S  = Search, E = Engine, O = Optimization
atau di dalam bahasa melayunya ia di kenali sebagai Optimasi Enjin Carian.

Mesti nak tahu apakah kegunaan SEO ni kan? Okay, SEO adalah sebuah 'teknik' yang boleh membantu kita bagi mendapatkan trafik (pengunjung)  yang cukup tinggi untuk blog. SEO akan memainkan peranan penting ketika pengunjung menggunakan mesin carian semasa mencari sesuatu artikel yang mereka kehendaki.

Sebagai contoh, katakanlah sis ingin mencari resepi untuk memasak mee sup. Maka sis akan pergi ke Google dan memasukkan perkataan Resepi Mee Sup sebagai kata kunci.

Inilah dia hasil yang sis dapat dengan bantuan Encik Google. Tengok baik-baik pada tarikh resepi ini di post. Walau sis membuat carian pada tahun 2017 tapi resepi yang Google perkenalkan sebagai pilihan utama untuk sis adalah dari tahun 2014 dan 2010. Hah, lama kan? Ini bermakna walau sudah bertahun-tahun namun artikel yang mereka tulis masih lagi boleh menarik minat pembaca ke blog mereka. 

Jangan-jangan resepi mee sup yang sis cari ni tidak ada resepi terbaru untuk 2017 kot. Mana tau kan?
Okay takpe kejap sis cari Resepi Mee Sup 2017 yang latest dan terkini.


Hmm bukan main banyak artikel tentang mee sup untuk tahun 2017. Tapi kenapa masa sis cari tadi keluar artikel yang dah lama? Kalau tahun lepas tak kisah sangat tapi ini artikel sejak tahun 2010 dan 2014 kot. Dah lama bebenor.

Itu lah dia kuasa yang di miliki oleh SEO. Maka tak hairanlah kalau semua orang nak belajar cara untuk kuasai ilmu dan teknik tentang SEO ni. Sis sendiri masih belum cukup mahir tentang SEO tapi sis yakin jika kita punya semangat yang tinggi untuk belajar, kita pasti boleh kuasai teknik ni sama macam orang lain.

Yang penting kita semua kena belajar dan praktikkan SEO dengan cara yang berhemah. Kenapa sis cakap cara berhemah? Ini kerana ada sesetengah blogger yang sanggup menggunakan jalan pintas yang tidak sepatutnya semata-mata untuk mendekatkan diri dengan SEO. 

Ingat ya, SEO adalah sebuah teknik! Teknik yang perlu kita praktikkan dengan cara yang betul dan InshaaAllah sis akan cuba kongsikan info berkaitan SEO dari masa ke semasa mengikut apa yang sis tahu.

Previous
Next Post »

6 Comment

Write Comment
20 March 2017 at 19:43 delete

Walaupun dah lama terjebak dunia blogger ni ..tapi CCL masih lagi belajaq ilmu SEO Ni

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
20 March 2017 at 20:02 delete

Nice info sis, bukan senang nak belajar SEO ni, ni banyak membaca juga...

Reply
avatar
Ibu Dilah
AUTHOR
20 March 2017 at 21:52 delete

wahh.. dilah baru tau pasal SEO ni dlm sebulan 2.. tp hari ni baru betul2 paham.. haha.. thanks sis hawa share info ni.. dilah ada 1 entry yg kalau type memang terus keluar entry dr blog dilah yg 1st sekali.. try search resepi kek batik.. hehe...

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
20 March 2017 at 22:29 delete

Ya! sis dah taip. betul dilah punya yang teratas sekali. Syabas!! :D Mesti banyak visitor smpai kerana keyword tu kan. sis punya ada 1, cara undi mentor 2017 tapi takde la teratas sekali, duduk tempat ke tiga je. But its okay.. janji melekat hehe

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
20 March 2017 at 22:30 delete

itulah banyak benda nak kena belajar dan praktikkan. tapi dah memang kita nak betul2 mahu jadi fulltime blogger kan so kena usaha juga walau rasa susah :D

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
20 March 2017 at 22:30 delete

Sama lah sis pun CCL oi. kita sama2 belajar.

Reply
avatar