Cara Betulkan Double Post Pada Blog

Assalamualaikum.... pagi tadi sis dapat email dari salah seorang rakan blogger. Beliau bermasalah dengan masalah posting sebabnya setiap kali menulis entry dan publish, artikel nya tu mesti akan jadi bertindih. Dalam erti kata lain jadi dua (double). Jadi beliau nak tahu bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut.


Alololo... sian dia.... takpe jangan nangis ya.. kita cuba...

Setahu sis la kan, masalah begini selalunya berlaku di sebabkan sering menukar template.
Post menjadi double kerana kod untuk bahagian post tersebut telah tercopy dan melekat di dalam kotak kod Html sebanyak dua kali. Jadi untuk atasi masalah ini bermakna kita perlulah memadamkan salah satu daripada kod terbabit.

Sebelum start mencari kod yang perlu di padamkan, macam biasalah... 

* Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Template / Theme >> Edit Html

* Klik cursor pada mana-mana bahagian di dalam kotak kod Html dan tekan Ctrl + F serentak untuk membuka kotak search,

Baik sekarang ni sis akan beritahu apakah kod yang perlu di padamkan.. Tapi, ingat ya!! Sebelum padam pastikan yang kod terbabit benar-benar adalah kod yang ke dua. Sekiranya kod tersebut tidak menjadi dua (original only), bermakna jika awak padam juga kod tersebut maka akan hilang terus lah segala artikel dari blog awak tu. Jadi sila berhati-hati. Take ur time, jangan gopoh-gopoh.

Cara Pertama
Copy dan paste kod di bawah ini ke dalam kotak search satu demi satu dan tekan Enter.

<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'></div>

DAN

<b:widget id='Blog2' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'></div>

Jika pasti yang ke dua-dua kod terbabit ada di dalam blog, maka padamlah salah satu daripadanya. 


Cara Ke Dua

Sekiranya kod pada cara pertama tadi tidak ada di blog awak, tak apa.. jagan risau. Awak cuba cari kod di bawah ni.

<data:post.body/>
Sama juga dengan cara pertama tadi, cari dan pastikan dulu sama ada kod tersebut hanya satu atau ada dua. Jika hanya ada satu saja so jangan buat apa-apa, tapi sekiranya  ada DUA, bolehlah di padam salah satu daripadanya.


Okay, goodluck!! 
Previous
Next Post »

2 Comment

Write Comment
Noor Azlan
AUTHOR
3 March 2017 at 01:50 delete

:-) Mula follow tutorial dalam blog ni...

Reply
avatar
SITI AWADAH
AUTHOR
3 March 2017 at 06:29 delete

Silakan... harap tutorial2 dalam blog ni berguna

Reply
avatar