Kenali Apa Itu Keyword?

Apa itu keyword dan apakah kegunaannya?
Keyword adalah 'kata kunci' atau lebih mudah kalau kita cakap sebagai PETUNJUK. Setiap kali menulis artikel kita wajib selitkan keyword ke dalam artikel tersebut.

Sebagai contoh, sis menulis artikel berkaitan tentang tutorial edit blog maka semestinya keyword tersebut adalah edit blog. Tetapi jika sis menulis artikel tersebut bertujuan untuk mendapatkan tempahan maka lebih elok kalau keyword yang sis highlightkan ialah 'tempahan edit blog'. atau mungkin sis akan tulis sebagai tempahan edit blog murah.


Apakah kegunaan keyword?
Keyword merupakan salah satu cara untuk menulis artikel yang mesra SEO. Keyword di perlukan untuk membantu enjin carian memahami dan mengerti isi sebenar artikel yang telah kita tulis itu. Enjin carian tidak ada masa untuk membaca keseluruhan artikel dan keyword inilah yang akan membantu enjin carian untuk menjejak setiap artikel yang perlu diperkenalkan di enjin carian setiap kali diperlukan.

Apabila mesin carian dapat menjejaki blog kita melalui keyword ini maka semestinya trafik blog kita akan turut meningkat.


Bagaimana mahu menggunakan keyword?
Kita boleh gunakan keyword ini dengan cara menerapkannya ke dalam artikel semasa proses menulis dan sila pastikan yang keyword ini di serap secara natural dan bukan sengaja di buat-buat. Sis bagi satu contoh mudah.

Macam yang sis cakap di awal tadi, katakan sis menulis satu artikel berkaitan dengan edit blog dan sis mahu mendapatkan tempahan untuk membuat blog. Maka sis akan menulisnya begini:

Tahun baru dah tak lama lagi jadi sis percaya pasti ramai tengah fikirkan untuk makeover blog masing-masing kan? Sis sendiri pun sama. Tapi sis tak de lah risau sangat sebab sis sendiri boleh buat makeover blog sendiri. Jangan risau sebabnya sis juga ada menawarkan khidmat tempahan edit blog murah pada sesiapa yang berminat. 

Nampak kan? Ayat keyword telah terserap ke dalam artikel secara natural. 


Bagaimana mahu menerapkan keyword dengan lebih berkesan?
  • Jadikan keyword sebagai tajuk utama artikel
  • Sebaik-baiknya keyword muncul dalam pautan link. Sebagai contoh namablogkita.blogspot.com/keyword
  • Gunakan keyword sebagai tajuk label / tag

Apakah tips lain semasa menulis keyword?
  • Serapkan keyword pada perenggan terawal
  • Jangan gunakan terlalu banyak keyword untuk elakkan spam

Keyword merupakan salah satu cara yang terkandung di dalam teknik menulis SEO maka jangan sesekali pandang rendah pada fungsi keyword ini okay. Boleh start practice dari sekarang.

Previous
Next Post »