Sunshine Blogger Award Untuk Sis Hawa

Assalamualaikum... beberapa hari yang lalu nama sis telah berjaya menerima 'award' dari blogger yang lain. Award ni sebenarnya adalah sebuah segmen dan di tujukan pada blogger-blogger yang di rasakan boleh memberi inspirasi kepada blogger yang lain.

Sebenarnya segment ni di terbitkan dalam bahasa Inggeris tapi sengaja sis tulis dalam bahasa melayu. Kalau nak baca penulisan sis dalam bahasa inggeris pun ada kat SINI, sebabnya sis tercalon sebanyak dua kali (terima kasih sahabat-sahabat) jadi untuk tidak menghampakan sis pun tulis dua artikel untuk tajuk yang sama. Satu dalam bahasa Inggeris dan satu dalam bahasa Melayu.

Syarat untuk menerima award ini adalah;
- Sis perlu berterima kasih pada blogger yang memberi anugerah ini dan backlink entry ini kepada blog beliau semula maka sis nak ucapkan jutaan terima kasih pada Anum kerana memberi mencadangkan nama sis untuk award ini.

- Sis perlu menjawab 11 soalan yang di berikan oleh Anum pada sis dan 11 soalan tersebut adalah;
1.Do you likeBUSINESS?If you like,tell me why.
2.List the five places that you never go?
3.Do you like the drama melayu?
4.Who is it that you always skodeng at the social networking late?
5.What gadget you like?
6.What you favourite colour,food and drinks?
7.You're good at cooking?
8.Who you?Tell me.
9.List the best song Malaysia which you like.
10.How often do you update you entry at a blog?
11.If you a blogger popular,what do you would? 

Jawapannya:
- Ya sis suka bisnes dan sis juga di lahirkan dalam keluarga bisnes. Ayah sis pernah usahakan pelbagai jenis perniagaan malah arwah ayah sis mula berniaga semasa zaman Jepun lagi. Sis dapat tahu kerana ayah suka bercerita. Ibu sis pula pernah buka kedai jahit dan sis sendiri pernah mendapat pendidikan dalam jurusan perniagaan.

- 5 tempat yang sis tak akan jejak ialah:
* Pusat karaoke
* Kelab malam
* Pusat judi
* Rumah ibadah agama lain
* Bilik air lelaki

- Sis tidak terlalu obses dengan drama melayu. Sis tengok macam tu je. Sis lebih suka tonton drama Korea.

- Buat masa ni sis skodeng #usopmentor #bakhg
- Gadget yang sis suka ialah laptop
- Sis suka colour purple, pink, biru, putih dan merah
- Sis suka makan ayam percik dan minum air kopi latte
- Sis sama sekali tak pandai masak masa mula kahwin, kemudian suami dan ibu mertua yang banyak ajarkan. Sekarang sis dah boleh masak untuk keluarga dan tetamu.

- Siapa saya? Saya seorang perempuan, seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang yang sangat manja (anak bongsu dalam keluarga), seorang yang kuat cemburu dan seorang yang sentiasa mahukan perhatian dari suami tersayang.

- Sis suka lagu Manja Kekasihku nyanyian kumpulan Screen kerana ia adalah lagu kenangan antara sis dan suami. 

- Sis update entry blog sekurang-kurang sekali seminggu (kadang-kadang update setiap hari)

- Jika di takdirkan sis menjadi salah seorang blogger  yang terkenal, sis akan jana income melalui blog dengan banyak dan salurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai saham akhirat.

Terima kasih sudi membaca dari awal sampai akhir :D



Previous
Next Post »

1 Comment:

Write Comment
Anum Abdullah
AUTHOR
12 March 2017 at 20:35 delete

thanks sis sudijawab soalan saya.

Reply
avatar